Saya berlari membawa nyawa suami. Isteri 67 tahun sanggup lari marathon 3 KM berkaki ayam demi dapatkan wang biaya kos rawatan suami

Dia hanya seorang wanita tua yang tiada kudrat dan upaya, tetapi kerana hanya satu matlamat untuk menyelamatkan suami yang tersayang, dia menepis segala penghalang untuk mencapai matlamat tersebut. Lata Kare, wanita hebat yang perlu dicontohi kerana semangat dan kekuatannya.

Siapa sangka wanita tua ini mampu menewaskan golongan muda dalam larian marathon sejauh tiga kilometer dengan hanya memakai sari. Keputusan wanita itu mengejutkan semua pihak termasuk anaknya, Sunil. Sunil menyatakan walaupun dia mengetahui tahap kesihatan dan tahap keupayaan ibunya, dia masih risau kerana pada malam sebelum pertandingan, ibunya demam. Katanya kepada mid-day.

LATA KARE, seorang wanita tua yang berusia 67 tahun tinggal di sebuah wilayah kecil, Baramathi. Mereka suami isteri hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Serba serbi kekurangan, miskin papa kedana, namun cinta mereka utuh walaupun di rumah usang yang tua.

Satu hari, si suami jatuh sakit dan keadaannya kelihatan teruk dari biasa. Late Kare, seorang isteri yang galau hatinya. Melihat duit yang ada, untuk membawa suaminya ke hospital yang jauh lokasinya, namun tidak mencukupi. Diketuk rumah-rumah jiran, mencari secebis bantuan, buat bekal belanja di perjalanan. Dengan sumbangan jiran-jiran itu, Lata Kare dan suami pun pergi ke hospital menaiki kenderaan.

Sampai di hospital, si suami diperiksa dengan terperinci. Lalu sang doktor memanggil si isteri dan memaklumkan bahawa suaminya harus dirawat segera dan kos rawatan menelan harga 5,000 rupee.

Saat mendengar jumlah besar itu, Lata berlari keluar dari hospital dan menuju ke jalan besar. Langkahnya penuh juraian air mata. Di sisi jalan itu, dia meraung dalam kedukaan. Dalam kesengsaraan, dia terduduk sambil tangannya di angkat ke langit tinggi,

“Oh Tuhan, mengapa aku yang diseksa? Tidak cukupkan selama ini aku diseksa?”

Orang yang lalu-lalang melihat deraian airmata si tua, mendengar bait bicaranya, mengundang sebak di dada. Malah ada yang turut mengalirkan air mata juga.

Dengan langkah longlai, diseka air mata tadi dengan hujung sarinya. Lata Kare masuk semula ke hospital menemui suaminya.

‘”Abang, marilah kita pulang. Saya tidak mampu menanggung kos rawatan untuk abang.”

Terlihat dua orang warga tua, saling berpimpinan tangan, melangkah satu demi satu, keluar dari hospital. Berjalanlah mereka meniti jalan raya yang sibuk dan membawa haluan untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba,sang suami berkata, “Lata Kare, saya lapar. Saya belum makan lagi.”

Bergegaslah si isteri pergi mencari sesuap makanan untuk suami. Senilai dengan sisa wang yang masih ada,maka dapatlah dibeli dua keping samosa yang dibalut kemas di dalam bungkusan suratkhabar. Duduklah dua orang tua di sisi jalan.

Si suami menikmati suapan samosa dari si isteri, dijamahnya penuh nikmat. Si isteri melihat suaminya, tulang belakangnya selama ini sekarang sedang sakit dan tak mampu dirawat. Si isteri rasa menjadi terlalu hiba, sehingga air mata menitis lagi, lagi dan lagi. Menitis jatuh sehingga ke atas bungkusan suratkhabar samosa.

Si isteri berfikir, apakah harinya bersama suami bakal berakhir sikit masa lagi. Bagaimana dia hendak menghadapi kehilangan ini? Lata Kare merenung samosa yang hampir habis. Benarlah suaminya terlalu lapar. Apakah ini suapan terakhir dari isteri, bertanya hati kecil bertubi-tubi.

Setelah beberapa lama buntu memikirkan kos rawatan untuk suaminya, jirannya, Sudhir Sakat memberikan cadangan kepadanya untuk menyertai larian marathon yang menawarkan hadiah berjumlah 5,000 rupee. Wanita tua ini terus bercahaya wajahnya, terukir senyuman tanpa dijangka.

Lata Kare bangkit awal pagi dan terus menuju ke lokasi marathon. Di meja pendaftaran dia berdiri, untuk mendaftarkan diri. Petugas di kaunter melihat Lata Kare dari kepala hingga ke kaki. Wanita tua, uban banyak di kepala, kulitnya kedut sini sana, bersari lusuh, dan berkaki ayam.

Petugas marathon menolak permohonan Lata Kare. Maka, menangislah si tua ini lalu sujud di kaki petugas tadi untuk merayu dan merayu. Akhirnya, Lata Kare dibenarkan menyertai Marathon tersebut.

Si tua, akan bersaing dengan orang muda yang penuh bergaya dengan pakaian sukan, bertopi dan berkasut. Lata Kare menyingsing sarinya, mengikat di pinggang.

Penonton yang berada di kiri kanan, melihat Lata Kare seperti si badut. Keberadaannya di situ umpama memberi satu jenaka. Ada menyindir dan ada mencela. Apabila pistol dilepaskan, Lata Kare berlari dan berlari.

Wartawan BBC yang pada ketika itu membuat liputan, mengatakan Lata Kare berlari seolah budak belasan tahun. Berlari laju, memotong seorang demi seorang walau peluh membasahi sari, walau luka berdrah di kaki. Dia berlari tanpa henti.

Akhirnya, Lata Kare berjaya menjadi orang pertama tiba di garisan penamat, mengalahkan semua orang muda. Dan apabila ditemuramah oleh wartawan, apakah yang menyebabkan makcik sebegitu kuat untuk meneruskan marathon ini di usia begini, dalam sakit begini ?

Lata Kare yang penuh bercucuran air mata menjawab, “Kerana bersama larian saya tadi, saya membawa harapan suami saya, kerana saya membawa nyawa suami saya.”

Lata Kare mengajar kita, apabila jelas BIG WHY kita, yang mustahil pun akan mampu dicapai.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber: Mohd Fitri, mid.day.com via thereporter