Terketar-ketar Cari Passport, Tiba-tiba Dia Cakap Malaysia? Mahathir? Kisah Benar Dilalui Wan Kamarudin

Terketar-ketar Cari Passport, Tiba-tiba Dia Cakap Malaysia? Mahathir? Kisah Benar Dilalui Wan Kamarudin

Masih meriah dengan kehangatan keputusan PRU ke 14, kini media sosial dihujani dengan pelbagai cerita pahit manis netizen yang pernah berkait dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Salah satu kisah yang tular beberapa jam yang lalu adalah pengalaman saudara Wan Kamarudin Wan Ibrahim sendiri. Bila dihayati bersama, memang patut ramai yang mengkagumi Tun M.

Tahun 2006, saya diamanahkan menjadi hos sebuah travelogue ke garisan krisis dan zon perang, ‘Ziarah’.

Satu episod tu kami kena masuk Afghanistan, jadi kami pun atur perjalanan dari Peshawar, Pakistan menuju Kabul untuk ke Bamiyan.

Terketar-ketar Cari Passport, Tiba-tiba Dia Cakap Malaysia? Mahathir? Kisah Benar Dilalui Wan Kamarudin

Di Genting Kyber (no man’s land), wilayah tak ada undang-undang la senang cakap, kita dapat tengok rumah-rumah yang diperbuat dari tanah liat berdinding tinggi penuh dengan lubang-lubang ditembusi peluru.

Kawasan ni memang ada saja pertembungan antara puak.

Kita naik dua kereta sewa. Saya dan Dangsuria Zainurdin dan seorang jurubimbing perjalanan warga Pakistan dalam kereta sewa depan. Jurukamera dan krew lain Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah kereta belakang.

Tiba-tiba nak jadi cerita hari tu, ketua puak sebuah kampung menyekat laluan lalulintas. Berderet-deretlah kenderaan dengan bunyi hon yang bingit. Dia orang protes, mintak kerajaan Pakistan bekalkan elektrik 24 jam pasal kat situ tak da bekalan elektrik.

Pemandu kereta sewa kami nak tunjuk terror dan mungkin jugak kejar ‘trip’, dia dah buat pandai sendiri. Dia cilok masuk kot laluan celah rumah-rumah kampung tu. Yang bestnya kereta lain pulak ikut sekali. Panjang pulak yang mengikut kereta kami lalu celah-celah rumah tanah liat tu.

Vroom sana vroom sini, cari punya cari laluan ke jalan utama balik. Bila final vroom, kereta kami keluar betul-betul tempat penduduk kampung buat protes, melintang satu treler panjang blok laluan 2 lorong di kawasan pergunungan tu.

Saya dah mula rasa cemas, tiba-tiba keluar dari perkumpulan tu adalah ketua kampung sendiri dengan pedang samurai panjang berkilat! Mata dan muka ketua kampung tu merah padam pasal kereta kami yang mulakan laluan tu dan tak ikut arahan dia.

Saya memang kecut perut dan mampu dok baca dalam hati ‘Lailahailla antasubha nakainnikuntuminazzalimin…’

Ketua kampung arahkan pemandu kami keluar dan mereka seolah bergaduh. Lama jugak. Orang lain dalam kereta-kereta belakang pun tak berani keluar langsung.

Memang kami tak faham la pasal mereka cakap dalam bahasa Poshtun. Tiba-tiba saya dengar pemandu kami cakap ‘MALAZI MALAZI MALAZI’ (lebih kurang ahhh).

Lepas tu, ketua kampung dengan pedang samurai tu berlari ke arah kami. Ya Allah, masa tu saya rasa dah macam darah dah tak jalan dah.

Melalui tingkap kereta yang dibuka, dia tengok tepat kat mata kami dengan mata bulat merah dan berkata…”PASSPORT!!!!”

Terketar-ketar kami cari passport kat dalam bag dan bagi kat ketua kampung tu.

Dia belek-belek dan akhirnya kata kat kami“MALAYSIA? MALAYSIA?!!!

Kami buat muka kesian cakap YESSS’…

Tiba-tiba dia cakap lagi “MALAYSIA? MAHATHIR? MALAYSIA? MAHATHIR?…”

Kami buat muka lagi kesian “Yes…”

Lepas tu, kami terkejut giler dia kata“Go!”

Ketua kampung tu akhirnya lepaskan kereta yang saya naik dan kereta krew sahaja.

Nasib kereta lain kami tak tahu.

Bila dah lepas kawasan tu, pemandu tu kata kat kami “MAHATHIR SAVED US!!!”

Jantung saya macam stop kejap, pasal kat tempat terasing dari urusan dunia macam tu pun, mereka boleh sebut nama MAHATHIR.

Saya tak dapat nak describe perasaan kagum dan bangganya masa tu jadi rakyat Malaysia.

Tahun 2017, tahun lepas pulak saya ke Yemen yang tengah ada perang saudara.

Terketar-ketar Cari Passport, Tiba-tiba Dia Cakap Malaysia? Mahathir? Kisah Benar Dilalui Wan Kamarudin

Satu hari tu, kita diberi kebenaran bertemu dengan Menteri Pertahanan kerajaan yang diiktiraf. Saya dah lupa nama beliau. Mungkin Lutfy Hafify boleh ingat?

Menteri tu kata “If you dont want Mahathir, lend him to us to fix our country”.

Kita cuma saling berpandangan dan senyum je.

Ok, kalau Tun M tak menang semalam pun saya dah ada niat nak share jugak story-story ni tapi…mungkin timing la kot.

Dan infact, saya nak mengaku juga saya antara yang menangis teresak-esak bila tonton video viral Tun M dan budak tu .

Bukan apa… saya rasa macam hidup kita ni tak lama. Tak tahu bila akan dijemput. Saya rasa kadang-kadang serangan yang Tun M dapat nampak macam ‘terlebih’ sikit.

Saya rasa bukan penyokong Tun M sahaja yang happy malah dunia Islam secara keseluruhannya pun turut sama menyambut dengan penuh riang.

Macam-macam rekod dunia Tun M dah catat semalam dan yang paling nyatanya Tun M buktikan tiada apa yang mustahil.

Apapun, secara peribadi saya cukup menghargai jasa-jasa kepimpinan terdahulu yang tidak dapat saya nafikan banyak membantu laluan kehidupan saya selama ini.

Terima kasih DS Najib dan Team yang secara matang dan professional menerima keputusan PRU14.

Walaupun dah panjang ni, saya tetap kata undi saya adalah rahsia. Cuma nak kongsi sikit cerita je.

Kepada kepimpinan baru, prestasi anda akan diperhati dan dinilai rakyat dari sehari ke sehari. Jadi kena buktikan betul-betul.

Alhamdulillah, Allah izinkan saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk buat perbandingan yang lebih ‘apple to apple’ di masa akan datang kalau dipaniangkan usia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *