Anggota Polis Ini Dedahkan Kenapa Dia Nekad Gadai Nyawa Sendiri Untuk Selamatkan Wanita Ini Dari Mati Sebab Bunuh Diri. Punca Kenapa Wanita Ini Terjun Adalah.

Anggota Polis Ini Dedahkan Kenapa Dia Nekad Gadai Nyawa Sendiri Untuk Selamatkan Wanita Ini Dari Mati Sebab Bunuh Diri. Punca Kenapa Wanita Ini Terjun Adalah.

Anggota Ini Dedahkan Kenapa Dia Nekad Gadai Nyawa Sendiri Untuk Selamatkan Wanita Ini Dari Mati Sebab Bunuh Diri. Punca Kenapa Wanita Ini Terjun Adalah..

PULAU PINANG 18 April – Perasaan kuat untuk menyelamatkan nyawa seorang wanita yang terapung di tengah laut mendorong Zaidi Salleh, 52, terjun menyelamatkan wanita berkenaan daripada mati lemas.

Menceritakan kejadian itu, Zaidi yang merupakan polis bantuan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) berkata, dia mendapat maklumat awal mengenai kejadian terjun tersebut ketika sedang meronda di atas jambatan kedua berkenaan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, katanya, dia dimaklumkan seorang wanita terjun kira-kira 10 minit sebelumnya dan melihat mangsa sedang berpaut pada tiang konkrit jambatan berkenaan.

KENAPA ANGGOTA POLIS BANTUAN INI BERANI TERJUN

Anggota Polis Ini Dedahkan Kenapa Dia Nekad Gadai Nyawa Sendiri Untuk Selamatkan Wanita Ini Dari Mati Sebab Bunuh Diri. Punca Kenapa Wanita Ini Terjun Adalah.

“Ketika melihat wanita berkenaan, saya dapat merasakan mampu menyelamatkannya kerana ketika itu air laut masih belum pasang dan arus juga tidak begitu kuat.

“Selain itu, saya juga pernah mengikuti kursus menyelamatkan mangsa lemas dan sebab itu saya nekad untuk terjun menyelamatkan wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia berjaya memegang mangsa selepas terjun ke laut dan mereka terus berpaut pada tiang konkrit jambatan sementara menunggu diselamatkan.

Bagaimanapun, tambahnya, selepas lebih 20 minit menunggu, air laut mula pasang dan arus yang semakin kuat menolak mereka sehingga ke tengah laut.

Namun, katanya, mereka bernasib baik kerana sempat berpaut pada tong ikan yang hanyut dan meminta wanita berkenaan supaya berpaut pada tong berkenaan.

“Ketika itu saya meminta wanita berkenaan supaya tidak melepaskan tong ikan tersebut kerana saya juga semakin lemah dan tidak mampu untuk memegangnya lebih lama.

“Syukur kira-kira 20 minit selepas itu, kami diselamatkan bot nelayan dari Jeti Pulau Aman yang dikerahkan Polis Marin dan bomba untuk menyelamatkan kami,” katanya.

PUNCA WANITA ITU TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG

Sementara itu, ditanya sama ada dia mengetahui punca wanita berusia 28 berkenaan bertindak terjun dari jambatan, Zaidi memberitahu, dia hanya dimaklumkan wanita berkenaan mempunyai masalah keluarga.

“Sebenarnya walaupun wanita itu bertindak terjun ke laut, tetapi dia masih ada perasaan yang kuat untuk hidup dan berharap diselamatkan.

“Saya juga berulang kali meminta dia mengingati Allah SWT dan kerana itu juga dia terus berpaut pada tong ikan ketika kami dihanyutkan ke tengah laut,” katanya.

Sumber Artikel – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *