‘Sangat Mengguris Hati Seolah-Olah Kami Tak Buat Apa-Apa’ – Bapa Nurliyana Terkilan Dengan Dr Rafidah

Pakar buah pinggang Dr Rafidah Abdullah ada memberi kenyataan mengenai pesakit hyperparathyroidism, Nurliyana Abdul Razif yang mendapat perhatian seluruh negara ketika ini. Antara lain, pakar ini berkata komplikasi yang dialami oleh Nurliyana boleh dielakkan jika dibedah sejak awal.

Pendapat Dr Rafidah itu menerima pelbagai reaksi netizen yang beranggapan dia tidak sensitif dengan penderitaan yang dialami pesakit itu.
Bapa luah rasa terguris

Turut meluahkan rasa kecewa adalah bapa kepada Nurliyana sendiri. Menurutnya dia telah menjaga anaknya dari kecil dan mengenali pakar buah pinggang di Hospital Seremban, Hospital Serdang dan Subang Jaya Medical Centre.

Tambahnya kenyataan dikeluarkan Dr Rafidah itu sangat membuat dia terasa hati seolah mereka sekeluarga tidak mengambil inisiatif untuk merawat Nurliyana. Abdul Razif juga meminta pakar itu supaya menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sebab terjadinya keadaan Nurliyana.
Ini respon  ibu saudara Nurliyana


Pergi tanya kawan baik dekat Hospital Serdang untuk faham kes

Tak perlu menyatakan kesalahan kepada pesakit

Netizen yang bersimpati dengan nasib menimpa Nurliyana meninggalkan komen kecewa dengan ulasan Dr Rafidah yang seperti tidak mempunyai empati dengan apa yang melanda. Mereka juga merasakan Dr Rafidah perlu lebih sensitif apatah lagi pesakit sedang kritikal di hospital.
Nasi Sudah Jadi Bubur, Tak Mungkin Penyakit Jadi Teruk Sebegini Kecuali.. – Dr Rafidah Abdullah

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ itulah pepatah yang boleh digambarkan keadaan Nurliyana sekarang ini. Baru-baru ini, beliau menjadi viral di media sosial selepas media melaporkan penderitaan yang perlu diharunginya sebagai seorang pesakit para tiroid sejak 2016. Tulang rahangnya membesar dan bahagian mulut terkeluar serta turut menjejaskan penglihatan.

Dr Rafidah Abdullah di Facebook memberi respon berkenaan isu ini. Katanya, pesakit tidak akan seteruk itu jika mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Tidak mungkin penyakit jadi teruk sebegini kecuali…

Media Malaysia tidak pernah meminta pendapat Pakar!

Ini lah jadinya jika media kita, masyarakat kita suka cerita viral TANPA selidik betul-betul. Bukan Pakar yang di panggil memberi info penyakit di TV radio suratkhabar. Bukankah lebih elok jika cerita begini dijadikan pengajaran dan kesedaran? Saya tidak kenal pesakit ini, tapi ya saya memerhatikan apa yang diceritakan di media sosial dari London ini.

Tapi, saya kenal KESEMUA rakan-rakan Pakar Nefrologi satu Malaysia. Mereka tidak akan biarkan penyakit Tertiary Hyperparathyroidism ini menjadi sampai ke tahap ini kepada mana-mana pesakit pun.

Penyakit ini adalah komplikasi penyakit kronik buah pinggang; pesakit Dialisis. Pada permulaannya diberi ubat, supaya dapat di kawal bacaan fosfat. Sebab itu kami bebel itu ini supaya anda kawal makanan. Bukan suka-suka kami tak bagi anda makan yang sedap. Kalau fosfat tidak di kawal, penyakit akan teruk dengan kadar yang cepat. Kalau dah tidak boleh di kawal, Doktor akan syorkan buat pembedahan SEBELUM jadi teruk macam ini.

Jadi, tidak mungkin penyakit ini jadi teruk sebegini KECUALI (secara keseluruhan) :

1. Pesakit dan keluarga tidak mahu pembedahan yang telah disyorkan beberapa kali sebelum ini (sebelum timbul komplikasi yang menyukarkan).

2. Pesakit tidak pernah kawal pemakanan dan tahap fosfat. Tidak jaga makan, atau tak makan ubat kebiasaannya dengan aturan yang betul.

3. Di mana keluarga pesakit (suami pun boleh) di saat beliau memerlukan rawatan pemindahan buah pinggang? Apa salahnya tampil ke hadapan untuk memberi pada awal penyakit beliau? Komplikasi sebegini boleh di elakkan.
Nasi sudah menjadi bubur

Saya harap kes ini menjadi pengajaran agar pesakit kami ikut saranan kami dan ahli keluarga tampil ke hadapan untuk memberi buah pinggang. BUKAN dah teruk macam ini, baru nak tunjuk itu ini.

Nasi sudah menjadi bubur. Tahap macam ini, sukar nak buat pembedahan sebab anda perlu mengambil risiko yang SANGAT SANGAT tinggi. Dan kemungkinan fizikal tidak akan pulih seperti normal. Sebab dah TERLAMBAT.

Sebab itu bila Doktor syorkan buat pembedahan, buat. JANGAN tangguh dan beri 1001 alasan. Lepas itu, dah teruk, macam biasa lah; ada (bukan semua) yang menyalahkan orang lain & sendiri tidak mahu bertanggungjawab.

Apa-apa pun, ini keputusan beliau.
Kasihan? Boleh.
Doakan? Tetap.
Derma? Terpulang. Tapi kalau buat pembedahan di Hospital kerajaan & tidak mampu, ada caranya untuk membayar bil yang tidak berapa banyak itu.

Tapi TIDAK PERLU mengagungkan; kerana anda TIDAK TAHU cerita sebenar.

Media pun. Bila nak jadi lebih bertanggungjawab? Cuba buat usul periksa dahulu. Tanya yang Pakar.

Jika masyarakat Malaysia prihatin, buktikan. Tampil ke hadapan menjadi penderma buah pinggang untuk ahli keluarga (bincang dengan Doktor merawat pesakit) dan berikrar menjadi penderma organ (www.dermaorgan.gov.my). Komplikasi begini boleh dielakkan dengan pemindahan buah pinggang.

Sila buktikan. Ini peluang anda.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi.

Sumber: Facebook

Kredit : Ohbulan!

PS: parathyroid TIDAK SAMA dengan thyroid. Bila lah media kita nak betul. Kesian yang ada masalah thyroid; tak ada kena mengena antara 2 penyakit itu. Sangat lain. Tak pasal-pasal pesakit thyroid ketakutan!

Sumber : Rafidah Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *