“Hantu Michael Jackson Menghamili Saya, JADI Saya Berhak Tuntut Hartanya”

“Hantu Michael Jackson Menghamili Saya, JADI Saya Berhak Tuntut Hartanya”

“Hantu Michael Jackson Menghamili Saya, JADI Saya Berhak Tuntut Hartanya”

Kiera Johnson berusia 32 tahun seorang surirumah beranak tiga mendakwa telah dihamili oleh hantu si Raja Pop Michael Jackson. Dan dia tidak bergurau apabila melakukan tindakan menuntut harta Michael Jackson.Sebelum mengadili mereka, ada baiknya anda baca sendiri bagaimana ia terjadi. Ceritanya begini:

Pada tahun 2015, ketika Kiera bersendirian di rumah tatkala suaminya pergi bekerja, dia menonton video berdurasi 2 jam “30 Tahun Aniversary Istimewa Michael Jackson.” Semasa sedang menonton persembahan lagu Thriller, dia terlelap dan di sinilah bermula episod buruk dalam hidupnya (seperti yang didakwanya).

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Saya terjaga apabila terasa seseorang menyentuh muka saya. Tapi ketika itu saya cuma berseorangan dalam rumah. Suami saya bekerja,” ujarnya mengimbas kejadian itu.

“Seterusnya Michael Jackson melakukan hubungan seks dengan saya. Tapi bukan Michael Jackson putih, sebaliknya semasa dia masih berkulit hitam dan berpakaian persis dalam video Thriller. Saya menyuruhnya berhenti, tapi dia tidak mengendahkannya,” tambahnya lagi.

“Hantu Michael Jackson Menghamili Saya, JADI Saya Berhak Tuntut Hartanya”

Mulanya Kiera tidak memikirkan sangat kejadian itu. Tetapi semasa melahirkan anak yang ketiga pada 25 Mei 2016 keadaan menjadi kusut.

“Kelahirannya berjalan lancar. Tapi saya terkejut apabila melihat kulit anak saya yang gelap,” ujar Ken Johnson suami Kiera.

“Saya benar-benar terkejut. Kemudian Kiera memberitahu tentang mimpi buruknya hampir setahun yang lalu. Saya rasa kejadian itu sangat tidak patut, dan atas alasan ini kami menuntut harta Michael Jackson. Kami cuma mahu jumlah yang berpatutan untuk biaya hidup anak kami,” tambahnya lagi.

Sementara itu Kiera mendakwa dia tidak pernah berlaku curang terhadap suaminya. Malah Ken sendiri mempercayai isterinya.

“Tidak ada alasan untuk tidak mempercayai Kiera sebab dia adalah ratu hatiku,” tegas Ken mempetahankan isterinya.

Mereka memberi tempoh kepada keluarga Jackson sehingga 1 September 2016 untuk membuat keputusan. Mereka juga bersetuju untuk melakukan penyelesaian luar mahkamah.

Setakat ini keluarga Jackson tidak memberikan sebarang tindakbalas kepada tuntutan pasangan suami isteri ini. Sumber: pakbelalang via buletinsemasa.com

JADI buat para pembaca budiman, terpulang kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak terhadap dakwaan suami isteri ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *