Wanita enggan meninggalkan teman lelaki yang lumpuh walaupun diberi tempoh oleh ibu bapa selama 3 tahun sehingga dapat berjalan semula dan ia telah tamat

Kerana kasih sayang atau perasaan simpati? Seorang wanita di China telah dipaksa oleh ibu bapanya supaya meninggalkan teman lelakinya yang lumpuh sekiranya dia masih tidak dapat berjalan dalam masa tiga tahun.

Yang Nan telah diberi kata dua oleh ibu bapanya yang telah memberi persetujuan untuk tinggal bersama teman lelakinya, Yan Hongbo yang telah lumpuh akibat kecederaan serius dari kemalangan motosikal pada tahun 2009. Yan Hongbo diberi masa selama tiga tahun untuk belajar berjalan dan jika tidak , Yang Nan diberi amaran ibu bapanya supaya meninggalkannya.

Masa itu akhirnya telah tiba dan Yan Hongbo masih lagi tidak berjalan. Ibu bapa Yang Nan menambah tempoh enam bulan lagi selepas anak perempuan mereka ini telah merayu untuk tinggal lebih lama dengan teman lelakinya itu.

Yang Nan telah diberitahu dia perlu meninggalkan teman lelakinya yang lumpuh, Yan Hongbo sekiranya dia masih lagi tidak dapat berjalan dalam masa tiga tahun

Wanita enggan meninggalkan teman lelaki yang lumpuh walaupun diberi tempoh oleh ibu bapa selama 3 tahun sehingga dapat berjalan semula dan ia telah tamat

Yan Hongbo telah mengalami kecederaan yang serius dalam satu kemalangan motosikal pada tahun 2009

Wanita enggan meninggalkan teman lelaki yang lumpuh walaupun diberi tempoh oleh ibu bapa selama 3 tahun sehingga dapat berjalan semula dan ia telah tamat

Yang Nan berkata, “Saya sudah tidak tahu untuk membuat apa lagi. Saya tahu dia boleh dipulihkan tetapi kami tidak mempunyai wang untuk rawatan perubatan. Sedangkan untuk meneruskan kehidupan seharian juga kami mengalami kesukaran dan tidak mempunyai wang. Kami benar-benar memerlukan keajaiban.”

Yan Hongbo sebenarnya bersetuju dengan permintaan ibu bapa Yang Nan yang teman wanitanya patut meninggalkannya dan meneruskan kehidupan sekiranya dia masih tidak dapat pulih dari penyakit lumpuh ini.

Yan Hongbo berkata, “Saya tidak nampak masa depan saya bersama dengannya. Dia mempunyai masa depan yang cerah menunggunya. Jika kami tidak dapat merawat kaki saya, saya telah berjanji yang dia akan menurut kata ibu bapanya jika perkara tidak berjalan lancar seperti yang dirancang dalam masa enam bulan dari sekarang.”

Pasangan kekasih yang tinggal di bandar Qionglai, wilayah Sichuan, barat daya China ini sebenarnya adalah rakan baik yang tidak mempunyai sebarang perhubungan istimewa pada masa Yan Hongbo terlibat dalam kemalangan pada tahun 2009.

Mekanik muda ini sedang menaiki motosikal di jalan pergunungan, yang kemudian terlibat dalam kemalangan apabila motornya telah tergelincir dan beliau telah tercampak ke dalam cerun di dalam hujan yang lebat.

Yan Hongbo telah menjadi lumpuh dari paras pinggang ke bawah selepas terjatuh sejauh 100 kaki ke dalam gaung berbatu.

Ibu bapa Yang Nan memberi kata putus kepada pasangan ini dalam masa enam bulan lagi setelah dirayu Yang Nan sebelum Yan Hongbo ditinggalkan jika keadaan masih tidak berubah

Wanita enggan meninggalkan teman lelaki yang lumpuh walaupun diberi tempoh oleh ibu bapa selama 3 tahun sehingga dapat berjalan semula dan ia telah tamat

Yan Hongbo bersetuju dengan pendapat ibu bapa Yang Nan yang teman wanitanya ini patut meninggalkannya dan meneruskan kehidupan sekiranya dia tidak dapat berjalan semula

Wanita enggan meninggalkan teman lelaki yang lumpuh walaupun diberi tempoh oleh ibu bapa selama 3 tahun sehingga dapat berjalan semula dan ia telah tamat

Selepas kemalangan dan dikeluarkan daripada hospital, kedua-dua ibu bapa Yan Hongbo telah bergaduh besar dengan situasi yang dialami Yan Hongbo sehingga membawa kepada satu pergaduhan yang menjadi ganas dan menyebabkan ibu Yan Hongbo telah terbunuh selepas diserang bapanya.

Kemalangan secara tidak sengaja itu telah menyebabkan bapanya telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun, dan meninggalkan Yan Hongbo bersendirian dan lumpuh untuk menjaga dirinya sendiri.

Yang Nan telah membaca kisah Yan Hongbo di dalam akhbar dan telah menghubungi lelaki ini melalui internet.

Selepas itu, Yang Nan kerap melawat Yan Hongbo sebelum memberitahu ibu dan bapanya yang dia akan tinggal dengan Yan Hongbo dan tidak akan kembali serta telah berhenti kerja untuk menjaga teman lelakinya itu.

Yang Nan berkata beliau sudah tidak tahu untuk melakukan apa-apa lagi. Mereka tiada wang untuk memulihkan Yan Hongbo dengan rawatan perubatan. Sedangkan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka juga mengalami kesukaran kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. Mereka mengharapkan keajaiban akan datang.

Wanita enggan meninggalkan teman lelaki yang lumpuh walaupun diberi tempoh oleh ibu bapa selama 3 tahun sehingga dapat berjalan semula dan ia telah tamat

Walaupun tidak gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Yang Nan, ibu bapanya telah bersetuju untuk membenarkan Yang Nan tinggal bersama Yan Hongbo hanya selama tempoh tiga tahun untuk membantunya mendapatkan rawatan perubatan dan belajar untuk berjalan semula. Namun, tempoh itu telah berakhir.

Yan Hongbo yang bersetuju dengan pendapat dan permintaan ibu bapa Yang Nan bahawa teman wanitanya ini sepatutnya meninggalkannya jika dia masih lagi tidak dapat berjalan dan meneruskan kehidupan tanpanya.

Yan Hongbo berharap bapanya akan dapat dibebaskan dari penjara lebih awal supaya dapat menjaganya kelak. Tanpa menyusahkan Yang Nan yang begitu setia menjaganya sebelum ini. Nasib apa yang akan menanti pasangan ini?

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *