Akhirnya Sebulan Selepas Kahwin, Suami Bocor Rahsia Izara Aishah !

Akhirnya Sebulan Selepas Kahwin, Suami Bocor Rahsia Izara Aishah !

Akhirnya Sebulan Selepas Kahwin, Suami Bocor Rahsia Izara Aishah !

Pasangan sama cantik sama padan, Adib Khalid dan Izara Aishah baru melangsungkan perkahwinan pada 17 November lalu.

Pada majlis pernikahan yang diadakan di Damansara itu, Izara Aishah menerima mas kahwin sebanyak RM700 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis pernikahan yang meriah itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Setelah kira-kira sebulan berkahwin, pasangan ini ditanya apakah perkembangan terkini dan apakah perbezaan setelah bergelar pasangan suami isteri.

Adib memberitahu, kini Izara buat kerja rumah sendiri dan sedang belajar memasak. Adib bocor rahsia mengatakan Izara baru belajar memasak.

Ini komen Adib:

Kita duduk sendiri sekarang, tengah biasa kan diri untuk build our own family.”

Izara pun baru belajar memasak. Learning to become a wife. Kita pun sebelum ni dah keluar 4 tahun, so dah kenal each other.”

Tentang zuriat belum lagi, belum ada plan. Kalau ada rezeki, ada la.”

Sementara itu, Izara Aishah mengakui merindui keluarganya selain belajar menerima suasana baru dalam kehidupan berumah tangga.

Izara memberitahu banyak perkara baru dipelajari terutama tanggungjawab sebagai isteri yang membuatkan dirinya lebih dewasa dan matang.

Ini komen Izara:

Sebelum ini saya tinggal bersama keluarga, jadi banyak masa bersama mereka. Selepas berkahwin, saya perlu ikut suami pula. Memang suasananya berbeza apabila tinggal berdua dengan suami.

Boleh dikatakan setiap masa rindukan keluarga terutama jika teringat adik. Jadi, setiap hujung minggu saya dan suami melawat keluarga. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rasa rindu.

Sejak berkahwin, diakui saya mula rasa tanggungjawab sebagai seorang wanita dewasa. Kalau dulu saya menganggap diri seperti ‘baby’ lagi. Cuma pada peringkat awal ini saya kena ‘struggle’ untuk buat semua perkara. Apatah lagi saya tidak menggunakan khidmat pembantu rumah”

Izara Aishah memberitahu ini merupakan satu pengalaman baru yang melengkapi lagi kehidupan rumah tangga yang dibina.

Ini komennya:

Saya okey dan tak ada masalah buat semua kerja rumah sendiri. Malah, saya lebih suka. Alhamdulillah, suami pula senang dijaga dan urus. Dia jenis tak banyak cakap. Kalau ada permintaan pun dari segi makanan, saya memasak untuknya.

Setiap hari memang wajib menyediakan sarapan untuknya. Makan tengah hari tak masak dan makan malam pula tengok pada keadaan. Namun, kalau boleh suami nak saya belajar memasak masakan Melayu kegemarannya dengan mak mentua,”

Ditanya tentang zuriat, Izara Aishah menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Ini komen Izara:

Kami tidak mahu merancang. Lambat atau cepat, ia ketentuan Allah. Lagipun, siapa yang tidak mahukan anak. Kalau dikurniakan awal, ia rezeki. Jika sebaliknya, saya dan suami boleh terus berbulan madu.

Apa yang penting, jangan putus berdoa dan berusaha. Saya percaya Allah mempunyai perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya. Jadi, doakan saja yang baik-baik untuk kami”

Itulah komen dari Adib dan Izara Aishah.

Sumber: Metro / mStar / berita memey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *